Total Pageviews

Looking for older entries? *click click*

Friday 24 October 2014

Kek batik cara Sina

Salam sayang semua :)

Dah lama tk update. Harap semua sihat belaka la ye. Atas permintaan mama T, yg dikenali dgn nama twitter Yanoy, iaitu Yana Abu Bakar, meh la sy bt entry cara buat kek batik plg simple atas dunia hehe.
Serious. Cara ni tak de nya nak guna telur tepung bagai. Kalau kat ky tu tak de nya nak cari kuali and gas nak masak kek batik ni, memang guna rice cooker je. Macam birthday aini yasmin and picnic hr tu. And jujurnya, guna rice cooker lagi senang sbb api dia rata. Kalau guna dapur gas, jgn la kau tggal walau sesaat. Nnti berkerak, menangis air mata darah la kau.

So, brg yg kau kena ada utk satu adunan iaitu cukup untuk 5/6 org:
-sebiji buttercup (250gm)
-milo paket kecik (200gm)
-susu pekat 3/4 tin
-biskut marie sepaket(sekeping tu boleh patahkan jadi 4)

Sorry lah entry kali ni tak ada gambar. Permintaan mengejut Yana. Hehe.

Step 1--> So mula mula, cair kan butter smpai mendidih. Dah agak agak mendidih tu okay lah.

Step 2--> kemudian masukkan susu pekat tu. Start masa ni jgn leka smpai tggal je atas dapur. Kacau smpai butter dgn susu tu sebati. Kalau nampak mcm butter punya minyak still terasing dr susu, tu tandanya kau kena keep kacau.

Step 3 --> ok. Ni step plg leceh sbb kena buat dgn lemah lembut. Masukkan milo. Kau jangan sesekali masukkan milo tu segedebuk dalam adunan butter susu td,  tp kau kena tabur kan serata, slow slow and sikit sikit. Bila dah masuk sikit, kau gaul dulu. Agak agak dah larut, bru kau masuk lagi milo. Haa paham?

Milo ni boleh jadi berketul kalau kau tak gaul betul betul. Andai kata terjadi kes ketul ketul ni, kau lek je. Kau gaul je smpai larut. Lama sikit la.

Step 4 --> ok last skali, masukkan biskut marie yg kau dah patah 4 semuanya tadi tu. Kay, yg ni kena kerah sikit kekuatan kau hehe. Gaul gaul bagi semua biskut kena adunan milo and bagi biskut tu kena panas adunan so dia akan lembik tp tak lembik sangat. Haaa cemtu.

Step 5--> so bila dah agak sebati dah semua nya, kau masukkan dalam bekas, sejukkan and masuk peti. Tapi percayalah, aku jarang sgt masukkan dlm peti sbb bekas besar sgt. Peti peti kat ky ni pulak kecik kecik belaka. Apa yg aku buat? Aku biar je bawah kipas. Mcm kek aini tu, 2 malam aku biar atas meja. Bila hidang, ok je. Mcm utk picnic hr tu, siap buat pkul 6 tp nak makan pukul 7.30, bila hidang tu terasa lagi panas, shape pun lari . Haha. Asalkan kek batik kau tu sejuk, then lawa la shapenya.

So ni yg aku buat hr ni kat intec. Niat buat nak bg budak ni makan. Dah lama niat. Tp kebetulan hr ni birthday aku. Nampak cam sebab nak sambut birthday.

Bila dia dah sejuk, aku terlangkupkan atas pinggan rata. Ha pernah nampak kek batik mcm ni? Ekau ado?

3 comments:

  1. Serious ah biar smpai Dua Hari untuk bg sejuk?

    ReplyDelete
  2. Thank you sis for the tips. Kalau tak, tak jadi kek batik saya 😍

    ReplyDelete
  3. Hai nak tnya. Kenapa milo jadi memekat & taknak sebati dgn butter yaa

    ReplyDelete