Total Pageviews

Looking for older entries? *click click*

Monday, 7 January 2013

Let Him Do His Job

Aku bukan menyerah,
tetapi aku berserah.


ya, tempoh penantian menunggu jodoh adalah masa yang
paling sesuai untuk kita mempersiapkan diri :)

Aku yakin Allah SWT lagi mengetahui apa yang terbaik buatku.
Biarlah dia melakukan tugasNya.

Wanita manakah yang tidak mempunyai impian untuk
memiliki sebuah rumah tangga yang indah
bak mahligai cinta dari syurga?

Tiada wanita yang tidak menginginkan suami yang boleh 
dijadikannya peneman berjuang tatkala susah dan senang.

Namun, bukan mudah untuk memilikinya,
Sudah dijanjikan Ilahi bahawa,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik
dan begitu jugalah sebaliknya.

Bagi aku, biarlah waktu usia remaja ini dipenuhi dengan pengalaman 
yang indah mahupun pahit belaka bersama mak, ayah, keluarga dan rakan tauladan.
Agar dapat dijadikan pengajaran untuk dijadikan bekalan masa hadapan, 
bersama peneman hidup.

Pernah kadangkala aku terfikir untuk memiliki hidup bebas
seperti yang kita saksikan sekarang

Segera aku kembali padaNya,
meminta agar diberikan hidayah dan petunjuk
agar aku tidak kecundang jauh ke dalam lembah kebinasaan.

Akan ku berusaha, 
agar cinta yang suci lagi ikhlas dari hati ku 
hanya akan diserahkan sepenuh jiwa dan raga
untuk insan yang bakal bergelar suami.
-Luahan hati seorang gadis yang bakal bergelar wanita-

biar betul! aku ke yg tulis ni?!

Staycool









No comments:

Post a Comment