Total Pageviews

Looking for older entries? *click click*

Saturday 30 November 2013

Pengorbanan tak pernah mudah, Kejayaan tak pernah pahit

Ya Allah,

Aku insan biasa. Dugaan hadir dan pergi. Hanya satu yang aku pinta ; Kuatkan lah aku tatkala aku diuji, agar aku tidak salah memilih jalan :)

Julai 2013, aku mulai jejakkan kaki di KYUEM. Segala yang aku ada di sini sangat lah berbeza jika dibandingkan dengan apa yang aku ada di SSP. Rutin , makanan, persekitaran - semuanya berbeza.
Alhamdulillah aku dapat lalui saat saat getir dan duka di sana dengan jayanya *dengan izinNya...
Namun begitu, ombak takkan pernah habis...

Selama 5 tahun aku ulang rutin yang sama di SSP ; main bola keranjang setiap petang.Setibanya aku di KY, bagi aku sangat rugi jika aku tak teruskan skill sebagai pemain bola keranjang yang aku dah asah selama 5 tahun. Aku mula terfikir alangkah seronoknya jika aku teruskan impian aku utk jadi Pemain Bola Keranjang Wanita Malaysia. Aku pun tekad untuk sertai mereka yang bermain basketball setiap petang di KY yang aku boleh katakan semuanya adalah lelaki.

Di KY, tak ramai wanita kelihatan bermain bola keranjang. Mungkin bola keranjang di anggap permainan yang agresif lantar memerlukan stamina yang tinggi. Tidak hairanlah tak ramai wanita KY *yang boleh kata kuat study semuanya* meluangkan masa utk game ni.

Petang petang aku dihabiskan dengan bermain basketball. Boleh dikatakan setiap hari hampir muka yang sama sahaja yang turut main bersama.

seperti yang anda lihat : dari kiri Iqbal firdaus, Ilman Ismail, Adam Anuar, Hafiz Adenan.
ni lah insan insan yang biasa bermain bersama aku setiap petang, Ada juga yang lain, Safwan Nasorudin, Leon Sheen, Shafie Nazley, Syed Muhammad dll tapi tak sempat pulak nak bergambar sama.

Pendek kata... aku main basketball tiap hari dgn lelaki. saya ulang dengan lelaki. Yang menjadi masalahnya, aku sorang sahaja wanita yang bermain dgn mereka sekerap ini. Mungkin bunyi masalah ini nampaknya ringan tapi bagi aku masalah ini sudah bergolak dalam jiwa aku selama brminggu minggu. Ada juga hari hari disusuli dengan tangisan kerana aku mengaku aku menyesal tapi entah mengapa jiwa dan minda ini tetap juga mahu mengikuti hasrat utk teruskan bermain dengan mereka.

Hal ini tidak menjadi masalah jika aku bermain sekadar bersahaja tapi tidak, aku main setiap hari dengan bersungguh sungguh, *mana tahu aku dapat join 3 on 3 streetball next year* hehe. 

Penyesalan timbul apabila aku sedar apabila setiap kali aku bermain, sukar untuk aku katakan tiada perlanggaran/ persentuhan berlaku. Malah, hampir setiap hari ada! Hal inilah yang membuatkan aku runsing...

Aku sudah tahu perlanggaran / persentuhan antara kulit berlaku, dan dalam Islam ini adalah haram. tetapi aku tetap mahu bermain.. dan masalah ini berterusan...

patutkah aku berhenti bermain atau... teruskan?...

Aku rujuk beberapa orang teman rapat.. ada yang kata lebih baik aku berhenti bermain.. ada yang kata.. 'alah, bukannya aku sengaja.. lagipun aku tak boleh nak elak'..

hmm.. akhirnya aku rujuk 2 insan ini yang aku boleh kata pendapat mereka agak telus dan jujur. Dan nasihat mereka... lebih baik aku berhenti. atau aku lebih sanggup di soal di akhirat nanti???

masih ada sebulan untuk aku fikirkan masalah ini sebab sekarang aku cuti SEM. Tak dinafikan aku rindu utk main petang petang... 

Masa berlalu pergi, ujian juga bersilih ganti. Aku harap Dia dapat temukan aku jalan yang terbaik untuk aku.. dan semoga aku tidak tersalah pilih jalan. amiinn :')

Ibnu Al-Jauzi berkata: Suatu urusan menghimpitkanku membuatku cemas dan gelisah berlarutan. Aku terus berfikir mencari jalan penyelesaian dari kecelaruan itu dengan berbagai cara dan usaha. tetapi aku tidak menemukan satu penyelesaian pun darinya, sehingga ada sebuah ayat yang menawarkan kepadaku, ayat itu adalah:
"Maksudnya: ....barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar." (Surah Ath- Thalaq : Ayat 2)
Setelah itu aku sedar bahawa ketaqwaan adalah jalan keluar dari kebingungan. Itu sebabnya aku berusaha meningkatkan ketaqwaanku, maka aku pun menemukan jalan keluarnya.
Keep Smiling. | via Facebook

Ya Rabb, tunjukkanlah aku jalan Ya Allah...

4 comments:

  1. Sina!!! miss you a lot sifu :D you can play basketball alone if you worry about that, okay sounds weird :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. KONGSI KUNCIIIIIII XD XD XD XD miss you toooo!!! ^.^ hahaha post la banyak banyak lagi weh senang nak tau pasal kau kat sanaaa :D

      Delete
  2. hai sina.. ni meer. so random, kita terbaca,lol.. saja nk kongsi pendapat. yes, actually kita terharu baca because you know what, dalam hati ni, kita suka sgt sgt sukan, main basket main segala benda, and i mean it, tp bila fikir lelaki terus berkecai, terus tak jadi nak main itu ini if tmpt tu ada lelaki.. kita mgidam kalau lah ky buat kawasan sukan utk perempuan. alangkah awesome gila ! kat integom pun sama, court dikuasai lelaki, nk main je kene cari masa bila lelaki takmain.. sounds tah hape2 kan but that's me. i hate to play something sepenuh hati bila ada lelaki, just tak boleh, tak tahu kenapa, mungkin tak selesa sbb kita dah besar.. itulah kita jeles dgn sina sbb you r brave enough main dgn diorang. but then, my alternative is that kita main sports yg tak ramai lelaki disitu, mcm main basikal, squash, jogging.. walaupun tak sepuas basket, tp hati seronok.. and kita doakan syamsina, mudah mudahan ALLAH permudahkan bagi sina mencari jalan yg benar dan terbaik, cara yang betul dan mendapat keredhaan-NYA, sbb itu yang penting.. kita fikir ALLAH dulu.. :) assalamualaikum sina, maaf kalau menyibuk ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. XD thanksss sgt sgt meer :D terharu meer sggup komen :P tu lah.. susah sbb skrg ada laki.. kalau kat ssp dulu perempuan je semua hmm.. sina bukan berani sgt pun tapi sbb sina tak tau nak buat apa so sina main je dgn diorg hehe tapi lepas ni macam tak dah je, entah lah. doakan lah sina dpt petunjuk sports apa nak buat pulak sbb sina mcm dah addicted je dgn basketball ni -.- kay sounds weird hehe. btw thanks meer :D sina doakan meer yg terbaik dlm apa pun yg meer buat jugak kay :)

      Delete